Pengenalan : ISO 9001 : 2008

Tuesday, May 17, 2011

Struktur Piawaian Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008

Piawaian ISO 9001:2008 mengambil pendekatan sistem didalam merekabentuk strukturnya dimana segala proses-proses yang penting telah dirangkumi. Untuk pembangunan sistem pengurusan kualitinya pula, pendekatan proses adalah digunapakai dimana sesebuah organisasi itu haruslah merancang, melaksana, mengukur dan menambahbaik sistem tersebut secara berterusan. Berikut adalah struktur piawaian MS ISO 9001:2008:

Klausa 1 Skop
1.1 Am
1.2 Pemakaian

Klausa 2 Rujukan normatif

Klausa 3 Istilah dan takrifan

Klausa 4 Sistem pengurusan kualiti
4.1 Keperluan am
4.2 Keperluan pendokumenan

Klausa 5 Tanggungjawab pengurusan
5.1 Komitmen pengurusan
5.2 Fokus kepada pelanggan
5.3 Dasar kualiti
5.4 Perancangan
5.5 Tanggungjawab, kuasa dan komunikasi
5.6 Kajian semula pengurusan

Klausa 6 Pengurusan sumber
6.1 Penyediaan sumber
6.2 Sumber manusia
6.3 Prasarana
6.4 Persekitaran kerja

Klausa 7 Penghasilan produk
7.1 Perancangan penghasilan produk
7.2 Proses berkaitan pelanggan.
7.3 Reka bentuk dan pembangunan
7.4 Pembelian
7.5 Pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan
7.6 Kawalan peralatan pemantauan dan pengukuran

Klausa 8 Pengukuran, analisis dan penambahbaikan
8.1 Am
8.2 Pemantauan dan pengukuran
8.3 Kawalan produk tak akur
8.4 Analisis data
8.5 Penambahbaikan

Nota: sila dapatkan dokumen MS ISO 9001:2008 di Sirim MSOnline untuk mengetahui isi kandungannya yang sepenuhnya.

Pengenalan : ISO 9001

ISO 9001 ialah sebuah piawaian antarabangsa yang dijadikan sebagai rujukan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan sistem pengurusan kualitinya. Piawaian ini telah dibangun dan diterbitkan oleh International Organization for Standardization [ISO]. Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. Pertubuhan ini dianggotai oleh badan-badan piawaian kebangsaan dari seluruh dunia.

Piawaian ISO 9001 telah diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1987. Kemudian, ia telah disemak semula pada tahun-tahun 1994, 2000 dan yang terkini 2008. Maka, ia dikenali sebagai ISO 9001:2008. Oleh yang demikian, versi-versi terdahulu adalah tidak terpakai lagi.

Matlamat sistem pengurusan kualiti yang berlandaskan kepada piawaian ISO 9001 ini adalah untuk menampil atau menyediakan produk yang secara konsisten dapat memenuhi kehendak pelanggan dan seterusnya meningkatkan tahap kepuasannya.

Piawaian ISO 9001 ini memperuntukkan keperluan dan kawalan yang khusus untuk empat unsur yang sedia wujud didalam mana-mana organisasi, samada organisasi awam ataupun swasta. Unsur-unsur tersebut adalah:
  • Tanggungjawab pengurusan atasan
  • Pengurusan sumber
  • Penghasilan produk
  • Pengukuran, analisa dan penambahbaikan yang berterusan
Didalam skop ISO 9001, istilah produk merujuk kepada produk fizikal dan juga produk perkhidmatan. Piawaian ISO 9001 ini tidak memperuntukkan apa-apa keperluan untuk sesebuah organisasi untuk mendaftarkan sistem pengurusan kualitinya dengan mana-mana badan persijilan seperti SIRIM QAS dan lain-lain.



Sebaliknya, ia lebih merupakan inisiatif sukarela dan kini, praktis ini telah pun menjadi kelaziman untuk mana-mana organisasi di seluruh dunia. Mereka akan membangunkan sistem kualiti mereka dan kemudiannya mereka secara sukarela akan mendapatkan sijil pengiktirafan dari mana-mana badan persijilan bebas.

Pensijilan ini memperakui akan kepatuhan organisasi-organisasi tersebut kepada piawaian ISO 9001 ini. Namun, pada kebiasaan sesebuah organisasi itu akan memperakui sistem pengurusan kualiti demi memenuhi syarat pelanggan atau pasarannya, samada didalam negeri ataupun diperingkat antarabangsa.

Piawaian ISO 9001 ini didasari oleh lapan prinsip-prinsip pengurusan kualiti:
  • Sistem pengurusan kualiti haruslah fokus terhadap pelanggan
  • Kepimpinan organisasi harus memimpin secara proaktif
  • Penyertaan sumber manusia harus berlaku pada segenap peringkat
  • Pelaksanaan pendekatan proses dimana segala input, interaksi dan output dikawal dan diselia
  • Pelaksanan pendekatan sistem dimana segala proses-proses yang relevan harus dikawal dan diselia
  • Proses penambahbaikan yang berterusan harus dilaksanakan
  • Keputusan-keputusan pengurusan haruslah berdasarkan fakta-fakta yang kukuh
  • Membangunkan hubungan dengan pembekal-pembekal yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Dari kelapan-lapan prinsip inilah, piawaian ISO 9001 dibangunkan. Faedah-faedah dari pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO 9001 ini adalah:

  • Mewujudkan sistem kawalan dan seliaan yang efektif untuk semua proses-proses dalaman yang penting seperti pengurusan sumber manusia, prasarana, suasana tempat bekerja, komunikasi dalaman, audit, pemantauan dan pengukuran prestasi proses, pemasaran dan penjualan, rekabentuk produk, pembelian dan penghasilan produk.
  • Menaikkan tahap pengurusan kualiti organisasi ke taraf antarabangsa
  • Memboleh-upayakan organisasi untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru dan juga menembusi pasaran-pasaran baru samada didalam negeri mahupun antarabangsa
  • Menambah keberuntungan melalui peningkatan kepuasan pelanggan dan penurunan kos operasi apabila proses-proses dalaman bertambah efektif dan efisien melalui peningkatan kecekapan dalaman
  • Melupuskan atau menghapuskan pembaziran dalaman yang disebabkan oleh kesilapan dan kelewatan
  • Menambahbaik tahap kepuasan dan moral pekerja melalui penghapusan masalah-masalah yang berkaitan
  • Menambahbaik tempat dan suasana pekerjaan
  • Menambahbaik tahap kepuasan pembekal didalam berurusan
  • Menambahbaik tahap kepuasan pelanggan
  • Menambahbaik tahap kepatuhan terhadap mana-mana keperluan perundangan yang bersabit dengan produk.

Kualiti produk anda dapat disahkan apabila produk itu memenuhi kriteria yang telah ditentukan oleh pelanggan anda dan anda menerima maklumbalas yang positif dalam bentuk markah penuh dari pelanggan anda. Istilah produk merangkumi produk fizikal dan perkhidmatan.

Pengiktirafan sistem pengurusan kualiti anda kepada piawaian MS ISO 9001:2008 meliputi dua fasa. Fasa pertama: Audit terhadap dokumentasi untuk mengesahkan kesempurnaan perancangan sistem anda. Fasa kedua: Audit secara fizikal terhadap pelaksanaan sistem pengurusan kualiti anda untuk mengesahkan kepatuhannya.

Bengkel Pelaksanaan MS ISO 9001: 2008

Image

PPAT telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan MS ISO 9001: 2008 di Demong Beach Resort, Besut Terengganu . Bengkel tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula 13 - 15 Mac 2011 dan di sertai bersama oleh Puan Pengarah serta kakitangan PPAT seramai 35 orang.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons